Khamis, 3 Januari 2013

# Sejuta Terima Kasih Buatmu Guruku !!!

Khamis
03.01.2013
Jam 05.43 petang...
nana menerima mesej dari seorang sahabat nana..
mesej yg berbunyi  "Salam,sedekahkan al-fatihah,kepada guru kesayangan kita Encik *******  bin ***** ..yang telah kembali ke rahmatullah selepas asar tdi..semoga roh ditempatkan dkalangan orang2 yg beriman.."

Agak tersentap di jiwa membaca kandungan mesej sebegitu rupa..Hati seperti dicarik-carik sehingga boleh merasa sakit di dalamnya..Bagaikan tidak percaya ! malah tidak percaya dengan apa yg dibaca sebentar tdi..

10 saat kmudian..
mesej bertalu-talu masuk dri sahabat-sahabat nana yg lain..juga mengkhabarkan berita yang sama..saat itu..hati ini tak dapat lagi membendung rasa hiba..nana berlari ke bilik dan menangis sepuas hati..Ya Allah..kenapa cepat sangat KAU ambil guru yg aq sayang Ya Allah..

Nana dikhabarkan beliau sakit berkaitan paru2..
nana sedih kerana sepanjang mengenalinya..dialah satu-satunya guru yg paling baik pernah nana jumpa dalam hidup ini...Dia sanggup melakukan apa sahaja demi pelajar-pelajarnya..minta la apa sahaja..pasti kami dimanja dengan pemberiannya...sifat baik,pemurah,tidak berkira,dan sayangkan kami seperti anak-anaknya menyebabkan kami rapat..malah tahu segala rahsia dan perasaannya yg nana pasti cikgu-cikgu yg rapat dengannya juga langsung tidak tahu seperti apa yg kami tahu..

Ya Allah..
Jika benar Kau sudah ambil nyawa hambamu itu..Aku mohon Ya Allah Kau tempatkan dia dikalangan orang-orang yg soleh ..Hambamu itu banyak memberi ilmu yg bermanfaat kepada kami Ya Allah..
Masih segar diingatan nasihat dia,masih teringat suka duka kehidupan dia,masih ingat gelak tawa dia,masih ingat sifat pemurah dia..masih ingat segala kebaikan yg pernah dia berikan..Air mata yg menitis bercucuran tidak mampu untuk membalas segala jasa dia Ya Allah..Hanya Kau yang Maha Mengetahui segalanya tentang dia...Kau Rahmatilah dia Ya Allah...

Kami anak didiknya 
akan sentiasa mendoakan dan mengamalkan segala ilmu yg dia curahkan Ya Allah..sesungguhnya dialah satu-satunya GURU yg paling baik pernah aq kenali tanpa mengharap balasan atau pujian apatahlagi nama Ya Allah...Malah tidak berkira langsung jika terpaksa menghabiskan ratusan ringgit duit gajinya hanya untuk kami ..Bukan sahaja tidak berkira malah langsung tidak mengungkit apa yg telah dia beri...segala keikhlasan dia semoga Engkau balas seperti yg sepatutnya Ya Allah..

Cikgu...
Maafkan segala dosa-dosa saya terhadap cikgu..maafkan segala keterlanjuran kata-kata saya,sikap saya dan apa sahaja perbuatan saya terhadap cikgu..sukar untuk saya gantikan keistimewaan cikgu di hati saya...

Cikgu...
amat tidak bermakna lagi untuk saya ambil keputusan peperiksaan saya bulan tiga yg akan menjelang..apatahlagi cikgu ialah guru kelas saya..saya tidak mahu guru lain yg menyerahkan slip peperiksaan kpada saya..Amat tidak bermakna lagi cikgu...

Cikgu...
saya pernah berjanji dengan cikgu..buat yg terbaik untuk matapelajaran yg cikgu ajar..tapi apakan daya jika result saya baik..kepada siapa saya nak tunjuk ? kepada siapa saya nak berterima kasih ? Saya tak dapat bayangkan bagaimana saya..malah kwan2 klas saya nak ambil result tu nanti..pasti semua mood x ceria..harini pun saya lihat hampir seluruh kwan2 klas saya mlawat cikgu di rumah dan updates di FB tentang cikgu..Lihatlah cikgu ..betapa kami sngat sayangkan cikgu..pemergian cikgu sesuatu yg tak dapat kami terima malah ada yang langsung tidak percaya..

Cikgu...
ketahuilah..bahawa kami sayang sangat kat cikgu dan kami akan amalkan apa yg cikgu ajarkan..Terima kasih cikgu kerana mencipta pelbagai memori indah bersama kami dan saya pasti kami x akan lupa segala kenangan kita bersama..Hujan lebat malam ini seperti menangisi pemergian cikgu..Jutaan terima kasih buat cikgu yg kami sayang..salam Takziah cikgu T_T.......

Ku titipkan doa...
buatmu disana...
agar kau aman...
walaupun kita tak akan bersua lagi...
buat selama-lamanya...
ku ingat dirimu dalam setiap doaku...
tangisanku dan doa...
mengiringimu...
 dipusara...


Kau pergi pada awal tahun baru...
Kau pergi sehari sebelum Hari Jumaat pertama bgi 2013...
Dan kau pergi pada hari ke-2 bukanya persekolahan...
Saya pasti satu sekolah akan dikejutkan dengan berita ketiadaan cikgu...!

Saya dan rakan-rakan tingkatan 6 lain sentiasa akan mengingati cikgu di hati kami ...Selamanya...

Al-Fatihah ...

1 ulasan:

  1. Kerinduan yg mendalam bakal berlaku padamu guruku..kau kusanjung bagai cahaya..yg menerangi hati-hati anak didikmu dengan ilmu...Kau maafkan segala perbuatan kami terhadap mu guruku..Kau akan tetap menjadi guru yg paling kami sayang dan ingati..Al-fatihah....

    BalasPadam