Ahad, 6 Januari 2013

# Kemelut Novel Islam Pop #

Karya Novel Islamik..
Demam Novel ayat-ayat cinta satu masa dahulu berjaya mengjangkitkan wabak itu kepada pengarang Malaysia...untuk menghasilkan karya islamik yang lebih berkesan...

Nana melihat perkara ini dari sudut yg positif..kerana Nana sendiri sebagai peminat novel merasa jemu dengan lambakan novel cinta yg menjadi genre yang hangat buat pilihan para remaja kini..Sekali sekali jika menyentuh genre cinta islamik yang berkesan cukup untuk membuatkan para pembaca menghayati betapa indahnya garis panduan islam itu sendiri...

Sastera islam kini Nana lihat semakin terarah untuk mengikuti pendekatan sastera popular apabila penulis2 ini berusaha mengetengahkan karya mereka berkonsepkan novel islam berbau pop..setelah novel Ayat-Ayat Cinta berjaya menjulang nama Habiburahman El-Shirazy...Tak dapat disangkal kebolehan Habiburrahman El-Shirazy ini apabila berjaya memenangi sebahagian besar peminat Indonesia,Malaysia,Singapura dan Brunei Darussalam sehinggakan ia dipindahkan ke Filem yang sangat mendapat sambutan luar biasa sekali...

  


Novel Ayat-Ayat Cinta yg di Filemkan...

Sambutan karya ini sangat hebat sehinggakan filemnya kerap diulang di kaca Tv selain novelnya diulang cetak berkali-kali ..Sehinggakan banyak membuka mata pelbagai pihak termasuk penerbit dan penulis novel bahawa novel dan karya islam juga mampu untuk menarik minat masyarakat untuk menjadikannya wacana ilmu selain daripada karya jiwang yang lain...

Bagi Nana sendiri,generasi muda sekarang secara fitrahnya lebih cenderung dengan persoalan cinta dan kasih sayang,jadi tidak hairan kenapa sambutan terhadap novel islamik berkonsepkan pop menjadi pilihan masyarakat kini.Sebabnya jga ialah minat pembaca generasi kini lebih cenderung membaca novel cinta melalui pendekatan dan cara penulisan islamik...


   Lihat sahaja pasaran Indonesia yang mengadaptasi Novel ke Filem yang mana kedua2nya sekali mendapat              sambutan yang luar biasa ..Misalnya karya2 dibawah ini yang sudahpun Nana baca..Sememangnya penulisan penulis ini begitu mudah difahami segenap lapisan pembaca dan membawa hati kita juga meyelusuri karyanya..syabas !!




Namun..penulis novel islamik Malaysia juga hebat-hebat belaka,Nana sendiri kagum dengan penulisan penulis-penulis Novel Islamik tempatan..Di bawah ini antara Novel yg menjadi Kegilaan Nana..bacalah 100x pun masih tak jemu..

Karya Zaid Akhtar

Karya Nurul Nazwa

Karya Lily Haslinda Nasir

Karya Fatimah Syarha Mohd.Noordin


Karya A. Ubaidillah Alias- juga diangkat ke kaca Tv...

Bagi Nana..kebaikan memilih novel berkonsepkan islamik ini bukan sahaja membawa kita sendiri membaca karya mereka..Bahkan sedikit sebanyak mengajar kita beberapa ilmu yg kita tidak tahu tentang konsep islam itu sendiri..Nak cari ilmu sebegitu dalam novel cinta biasa ? Tidak mungkin kerana kebanyakan novel cinta yang Nana baca menyentuh kepada jalan cerita yang ingin ditonjolkan..tanpa diselit nasihat atau ilmu seperti yang didalam novel islamik..

Hal ini kerana ,kebanyakan penulis cinta islamik mempunyai latar pendidikan yang sangat hebat,Misalnya lulusan Universiti Al-Azhar, Universiti Kaherah dan lain-lain..jadi gaya penulisan mereka berbeza jika hendak dibandingkan dengan penulis tempatan..Gaya penulis islamik ini byak menyelitkan sedikit ilmu2 dan nasihat2 agama yang mana kita sebagai pembaca boleh menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman dalam hidup kita...

Walaubagaimanapun, Nana tidaklah anti dengan novel cinta yang ada dipasaran,Buktinya,Novel cinta karya tempatan selalu Nana beli..kerana banyak idea dan bahan cerita yang sangat menarik mereka kupaskan..Kadang2 sampai tak tidur sebab nak habiskan jugak baca novel..(nak tahu ending dy senang je..tgok mka surat belakang...tapi nana..memang pantang dan tak akan sekali2 buka mka surat blakang...nak tahu ending..baca jgak smpai abis..baru puas !..hehe)

Haa nak tau apa yang Nana impikan..hehe..jeng3...nak hadiah berupa Novel...tak kisahlah Novel Cinta ke,Jiwang ke,Lawak ke,Islamik ke...asalkan namanya Novel..haa komik pun x per..best per !
Tapi seumur hidup Nana x pernah la dapat nyer..huhu..Sebab Nana impikan cmtu..coz kena dengan minat nana yg suka membaca..Kesimpulannye..bile orang bagi novel..kita baca..ble kita bca..kte ingat spe yg bagi..haa kan lebih memorable cenggitu...Ni selalu dpat Coklat (dah abis mkan coklat..dah lupa sapa bagi..huhu..sorry...)...


~ Walaubagaimanapun..Majulah Karya Islamik tuk peneraju minda yang lebih proaktif bagi generasi masa hadapan yang lebih mencintai Allah dan Agamanya ~

Wassalam...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan