Jumaat, 4 Januari 2013

# Hari Terakhir Ku Melihatmu !!!

Jumaat...
4.1.2013...
Hari Jumaat pertama dalam tahun 2013...

Hari ini...
nana pergi menziarahi cikgu yg akan dikebumikan ...
Masuk sahaja lorong menuju ke rumahnya..
Hati tiba-tiba merasa sebak dan bagaikan tidak sanggup untuk melangkah masuk...
kelihatan orang -orang kampung,saudara mara cikgu,cikgu-cikgu sekolah serta pelajar-pelajar membanjiri laman rumah kakak cikgu...

Hati terasa berat untuk melangkah masuk tatkala melihat rakan-rakan nana yg berada di dalam rumah sudah dibanjiri airmata...
nana masuk dan duduk berhampiran mereka dan melihat jenazah cikgu sedang dimandikan di sebalik ruang yang terdapat di dalam rumah..
Sedang nana menunggu jenazah selesai..fikiran nana menerawang jauh mengimbas kembali detik-detik sewaktu cikgu bersama kami..
Bagaikan tidak percaya nana menghadiri pengkebumian cikgu..
rasa sangat sayu dan tidak mampu untuk tersenyum seperti biasa..

Setelah beberapa minit..
kelihatan jenazah cikgu diangkat masuk ke ruang depan rumah untuk dikafankan..
nana melihat sendiri wajah cikgu yang amat tenang dan bersih..
wajahnya menggambarkan bahawa cikgu amat bersedia meninggalkan dunia..
sedangkan kami masih perlukan khidmat bakti nya...

Satu-persatu ahli keluarga,guru-guru dann pelajar melihat wajah terakhir cikgu..
nana yang menahan tangisan berbekalkan mata yg semakin membengkak hanya melihat dari jauh..
seketika..nana bangun menuju ke jenazah cikgu..
syahdu rasa hati bila melihat cikgu terbaring dengan sungguh tenang seperti sedang tidur..

Selepas itu..jenazah cikgu dikafankan dan kami diarahkan keluar ..
bagi kaum lelaki meyembahyangkan jenazah dan mengaraknya ke tanah perkuburan yang berdekatan...
kawan-kawan nana yang mengikut pergi ke tanah perkuburan mengajak nana..
namun nana menolak kerana tidak sanggup melihat cikgu di sana..
Melihat jenazah cikgu dibawa sahaja sudah menitis air mata tidak berhenti..
Pelbagai perasaan dapat dirasa ketika itu,
nana bakal merinduimu cikgu...

Sedang menunggu kawan-kawan nana kembali dari tanah perkuburan..
nana berjalan-jalan sekitar rumah cikgu yang berhampiran dengan rumah kakaknya...
sangat pilu tatkala melihat kereta kancil terletak elok di bawah rumah yg usang itu...
melihat pelbagai tanaman hiasan dan bunga-bunga di kawasan rumah..
terimbas kembali bahawa cikgu sememangnya sangat mementingkan kebersihan,kekemasan dan kecantikan..
lihat sahaja bunga-bunga yang ditanam boleh mengagak cikgu seorang yang sangat kreatif dan sukakan bunga...

Teringat pertanyaan nana kepada seorang kawan..
bagaimana perkara ini boleh terjadi tanpa pengetahuan sesiapa..
katanya..cikgu memang merahsiakan dan tidak mahu anak didiknya malah sesiapapun merasa risau dengan segala masalah kesihatannya..
katanya..cikgu dibawa ke ICU beberapa hari sebelum kejadian...
dan dibawa tinggal di rumah kakak nya...
namun mungkin kerana rindu akan rumahnya...suatu hari dy pulang...
sebelah petangnya anak saudaranya datang membawa makanan namun menemui cikgu terbaring disamping sejadah di sisi..
tidak diketahui sama ada cikgu jatuh atau meninggal selepas atau sebelum solat...
patutlah wajahnya menggamabarkan keadaan tenang..
dan sungguh suci dan bersih
umpama dia gembira 
dengan keadaan itu

Cikgu..walaupun cikgu sudah tiada buat selama-lamanya
saya dan rakan-rakan berjanji akan segala amanat cikgu dan nasihat cikgu kepada kami
kami sayang akan cikgu buat selama-lamanya..

terima kasih guruku..
kerana engkau
aq belajar menjadi tabah
kerana engkau
aq belajar menjadi lebih baik
kerana engkau
aq belajar bertolak ansur
kerana engkau
aq belajar menjadi tenang 
dan
kerana engkau
aq bisa menjadi kuat seperti sekarang

ALLAH mengurniakan seseorang seperti cikgu umpama permata yg tiada nilainya..
kau mengubah para pelajarmu disaat ada yg tidak meyukai dan memusuhimu..
engkau mencipta pelbagai memori bersama kami 
untuk kami terus mengingati dan merinduimu...
terima kasih saat kita bersama dulu
gelak ketawa,suka dan duka kita lalui bersama
malah kau ibarat teman yg bisa kami luahkan apa sahaja
kau tiada tandingannya cikgu
kau satu-satunya
dihati kami
guruku !!!

rindu tuk melihat kereta ini lalu dihadapan rumah seperti biasa :(

kami akan merindui cikgu :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan