Selasa, 8 Januari 2013

# Inspirasi Sanubari #

Pesan Saidina Umar Al-Khattab r.a , jika ingin melihat sesebuah negara itu maju dan berjaya,maka lihatlah generasi mudanya pada waktu ini,Kita boleh melihat krisis minda yang berlaku ke atas remaja pada masa ini yang boleh dikatakan makin tenat dan nazak,

Zaman remaja merupakan suatu zaman dimana mereka ingin mencuba sesuatu yang belum pernah dikecapi,Umpamanya, kita menjangkakan kita mampu untuk berbuat sesuatu dan pada ketika itu kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi,kemahuan yang membuak-buak tetapi terkadang kita lalai bahawa ianya diselubungi oleh pengaruh musuh-musuh iman dan taqwa...Manusia diiringi dengan nafsu ke dunia ini,Maka , nafsu tersebut perlu dibimbing dan dijinakkan melalui apa yang telah nabi pesan " Daku telah meninggalkan kepada kamu 2 perkara yang mana kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang kepadanya,iaitu Al-Quran dan Sunnah.."

Kita sendiri boleh melihat realiti remaja hari ini yang sangat celik Valentine's Day,Clubbing,Chatting,Dating dan segala -Tings yang sama waktu dengannya..Nana akui kita semua pernah melalui zaman tersebut,malangnya virus penyerangan fikiran Ghozatul Fikr ( serangan minda ) dari musuh -musuh iman dan taqwa ini..Lebih hebat apabila berjangkit dan menular serta membarah ke dalam masyarakat remaja kita pada hari ini berbanding celik Al-Quran,terpanggil bila azan berkumandang,rasa Zouq (berdiri bulu roma) bila halwa telinganya diperdengarkan lagu-lagu,syair-syair atau zikir-zikir yang mengagungkan kebesaran tuan punya dunia...

Sekaligus...fenomena ini membuktikan bahawa ramai remaja yang gilakan lagu k-pop daripada ayat-ayat Al-Quran..lebih takutkan hantu daripada Tuhan,Memang ! kita tidak rasa takut dengan benda yang kita tidak nampak ( Allah,azab kubur,nikmat syurga,kedasyatan neraka,bil-bil berupa pahala dan juga saman yang berupa dosa daripada tuan punya dunia )

Nama-nama seperti Saidina Ali,sanggup mati kerana Nabi ! kerana islam ! kita pula sanggup mati kerana dadah dan merempit ! Lihat Saidatina Asma' Binti Abu Bakar, yang sanggup merentasi kegersangan padang pasir untuk membawa bekalan makanan kepada ayahnya dan Rasul sedangkan kita sanggup menggadaikan aqidah,syariat, dan akhlak menuju ke puncak glamor demi menempa apa yang dihajati ! Hanya dunia semata-mata...

Apa yang manusia kejar hari ini kerana penangan nafsu sememangnya tidak pernah memikirkan kiblat ! Apa yang dikejar hanyalah kepuasan ..umpama firman Allah yang bermaksud " Dalam diri manusia itu ada 2 bendera,satu bendera Al-Fujur (panglimanya berajakan nafsu) dan satu lagi bendera At- Taqwa (panglimanya Rasulullah )

Justeru itu...langkah pertama yang perlu bagi remaja memandu diri mereka ke arah yang kondusif dan barakah ialah bendera yang mana satukah akan menjadi pegangan ?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan