Selasa, 15 Januari 2013

# Fenomena Listen #

Assalamualaikum.....
Ramai betul orang post entry pasal " listen " yer.....Saje je nak wat entry gak menambah meriah. Hehehe. Ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat after listening to this issue. Please listen carefully and let me speak yer.. 




1. Walaupun Nabi adalah pencinta haiwan, Nabi tak pernah berlaku kasar dan mengherdik kepada orang lain walau apa pun sebabnya tak kiralah disebabkan oleh haiwan atau sebab-sebab lain dan tak kiralah orang itu muslim atau tak....

2. Nabi bila berucap tak payah disuruh listen pun berebut-rebut para sahabat menadah telinga untuk listen kepada apa yang nak disampaikan sebab apa yang Nabi sampaikan semuanya benar belaka....

3. Nabi bila ditanya dengan sesuatu soalan pula, adalah menjadi sebaik-baik makhluk yang memberikan jawapan yang tak pernah menyebabkan manusia rasa tak paham dan blur dengan jawapan tersebut....

4. Walaupun haiwan ada banyak masalah, tapi takde lagi rasanya mana-mana kucing yang mengadu masalah dia pada Jkkk tentang gaji masuk lambat, atau mana-mana ikan jerung yang mengadu pada Navy tentang anaknya yang terkena athma dek pencemaran laut, atau mana-mana anjing yang mengeluh kerana takde manusia yang nak bagi dia minum air yang dicebok daripada kasut seperti yg termaktub dalam hadith. Yang ada, cuma segala yg Allah cipta yang ada di bumi dan di langit kesemuanya bertasbih kepada Allah termasuklah para haiwan yang Allah telah cipta dengan kesempurnaanNya....

5. Para ulama' suruh kita compare, dalam hal banyaknya ilmu dan ibadah, kita kena compare diri kita dengan orang yg lebih banyak ilmu dan ibadahnya agar kita boleh boost diri dan semangat kita untuk mengikuti jejak langkah mereka. Dalam bab keduniaan, para ulama' suruh kita compare diri kita dengan orang yg berada di bawah kita. Kalau kita berkereta, compare dengan orang bermotosikal. Kalau nek moto, compare dengan orang berbasikal. Kalau nek beskal, compare dengan orang berjalan kaki. Kalau berjalan kaki, compare dengan orang tak berkaki. Jadi, kalau compare negara Malaysia dengan negara lain boleh tak? Tengoklah apa yang nak dicompare....

6. When you're listening to azan don't listen to other than Allah's call. Make your move now to Masjid and Surau coz all the animals around you will have a big problem when seeing you doing nothing when listening to Allah's call. Don't make them say to you : "hoi listen to me! hang apa lagi hang dok tecongok kat depan pesbuk tu pi la semayang lekaih malu aih kat menatang cam aku ni. aku ni tak beghenti tasbih kat Allah hang tu tak beghenti pesbuk pesbuk pesbuk....



Syarifah Zohra Vs Bawani 


( Ni antara post yang Nana copy dari seorang Hamba Allah )

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya ##### ######, mahasiswa daripada UiTM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia atas tindakan beliau mengaibkan saudari Bawani, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) di salah satu program forum suara mahasiswa.

Tindakan saudari Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia ini seolah-olah mahu membodohkan mahasiswa kesulurahnnya. Daripada mulanya forum tersebut, dengan ikrarnya yang tampak mengarut sehingga saudari Bawani mengeluarkan hujah-pun beliau tidak dapat menerima malah mengaibkan mahasiswa tersebut.

Saudari Bawani yang tampil memberi hujah dan fakta di forum tersebut tidak sepatutnya dilayan dan diaibkan sebegitu rupa. Saudari Bawani hanya mengemukakan dan berkongsi pendapat beliau kepada umum kerana itu adalah salah satu ruang yang diberikan di forum tersebut. Sekiranya mahasiswa tidak boleh mengemukakan pandangan sendiri, lebih elok tidak ada sesi perbincangan atau sesi bertanya soalan.

Bagaimanapun, hujah saudari Bawani tampak sedikit matang berbanding hujah Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia itu. Mahasiswa tersebut beri angka dan bagaimana kerajaan boleh menyelesaikan masalah mengenai pendidikan percuma, tetapi Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia membalas hujah dengan mengeluarkan kenyataan 'Binatang juga ada masalah' dan ' Sekiranya tak sokong kerajaan, maka bnoleh keluar daripada Malaysia'.

Orang-orang seperti saudari Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia ini jangan sangka semua mahasiswa bodoh dan mudah untuk diperbodohkan. Mahasiswa bukan lembu hanya tahu ragut rumput di padang. Kami mahasiswa yang ambil tahu apa jua yang berlaku dalam negara ini. Kami bukan lagi bergantung 100% kepada media seperti utusan, tv3 dan seangkatan dengannya, tetapi hari ini sudah ada media alternatif dimana mahasiswa sendiri sudah boleh buat perbandingan dan penilaian.

Budaya pembodohan seperti ini harus segera dihentikan dalam usaha kerajaan meraikan kebebasan bersuara rakyat malaysia.

Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan bahawa Cik Sharifah telah menyalahgunakan nama dan simbol kerajaan "1 malaysia" sekaligus bertentangan dengan undang-undang negara.

Saya menuntut agar cik Sharifah segera memohon maaf pada seluruh mahasiswa terutamanya saudari Bawani atas tindakan beliau membodohkan mahasiswa.

Untuk yang akhirnya, saya berikan kata-kata hamka yang memberi makna besar kepada seluruh mahasiswa;

Kalau mahasiswa setakat belajar,

Lembu di padang juga belajar.

Sekian, Terima Kasih...



   ~~ setiap kritikan hendaklah diterima bukan dihina seperti dalam video ni , kesian dia dihina setelah beri pandangan bernas .~~

2 ulasan: