Remaja Islam....
Remaja..Pemuda...Syabab..Teenager dan Fityah merupakan nama yang berbeza dari sudut bahasa dan susunan huruf,namun tetap menjurus kepada maksud yang sama iaitu seorang yang bertenaga ,tidak tua,' fresh dalam berfikiran.sudah boleh menanggung dosa pahala dan bersemangat dalam melakukan tindak-tanduk...Islam pula ialah penyerahan diri kepada Allah azza wajalla dengan mentaati segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya..Oleh itu,remaja islam ialah pemuda yang menyerah diri kepada Allah swt dengan mentaati segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya...
Al-Quran dan hadis nabi saw telah mengisyaratkan bahawa golongan remaja amat berpotensi memberi pulangan yang lumayan kepada perjuangan agama..Sebagai contoh,dalam al-quran diceritakan kisah perjuangan antara hidup dan mati sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang berhadapan dengan raja yang mengaku dirinya Tuhan..Bagitu juga dengan kisah peperangan antara Thalut dan Jalut yang berakhir dengan terbunuhnya Jalut di tangan seorang pemuda pada waktu itu iaitu Daud as...
Dalam hadis nabi saw,antara kisah yang masyhur ialah tentang keberanian seorang Ghulam (pemuda) yang sanggup mati demi mempertahankan akidah yang suci,keberaniannya telah menyebabkan masyarakat pada zamannya ingin turut sama berkongsi keindahan berimankan Allah meskipun terpaksa terjun ke dalam lembah berapi...Kisah mereka telah diabdikan dan golongan ini dinamakan Ashabul Ukhdud...
Manakala dalam sirah pula...kita dapat melihat bahawa ' jentera-jentera' utama islam ialah dari kalangan pemuda...Bermula dengan Abu Bakar,Umar,Hamzah,Bilal,Ali dan ramai lagi yang mewakafkan usia muda mereka kepada perjuangan islam ..Peperangan mu'tah yang berlaku pada zaman nabi saw telah merakamkan kisah syahidnya 3 orang pemuda yang telah ditugaskan untuk memastikan panji islam berkibar megah di medan jihad...Mereka ialah Zaid b.Harithah,Jaafar b.Abu Talib dan Abdullah b.Rawahah...
Sabda nabi saw : " Tujuh golongan yang dinaungi Allah dalam naungan-Nya ialah : Pemimpin yang adil,pemuda yang hidupnya dalam beribadat kepada Allah taala,pemuda yang hatinya tergantung dengan masjid,dua orang pemuda yang berkasih sayang kerana Allah,mereka berjumpa dan berpisah kerana-Nya,pemuda yang diajak berzina oleh wanita yang bangsawan lagi jelitawan lalu ia berkata " sesungguhnya aku takutkan kepada Allah" ,pemuda yang bersedekah lalu disembunyikan dari pengetahuan orang lain sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya dan pemuda yang ingat Allah ketika ia berseorangan lalu mengalirlah air matanya (mengenangkan dosanya dan kelemahannya)
Terdapat banyak lagi bukti dan dalil yang menunjukkan bahawa pemuda dan remaja merupakan aset yang maha berharga kepada agama.Malahan sejarah juga telah menunjukkan bahawa pemuda-pemudalah yang telah banyak mencorakkan dunia,Golongan penentang juga berasal dari kalangan pemuda.
~~ Lihat...betapa hebatnya penangan golongan pemuda ~~
~~ Lihat...betapa hebatnya penangan golongan pemuda ~~



Tiada ulasan:
Catat Ulasan