Setiap manusia mempunyai sifat marah ...dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu...Bagaimanapun,kesabaran ada had dan batasnya juga,apabila hilang kesabaran maka timbullah kemarahan...
Menurut Imam Al-Ghazali,sikap marah adalah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati...
Ada lima kategori marah iaitu :
1. Cepat marah atau marah tak bertempat,
2. pertengahan (mampu mengawal kemarahannya)
3. Marah sederhana,
4. Tidak terlalu marah,
5. keterlaluan.
(Agak2 kita berada tahap yg mana ya ? )
Imam Al-Ghazali mengatakan,ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu :
1- Rasa bangga diri
2- Takjub pada peribadi sendiri
3- Berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas
4- Bercakap perkara yang sia-sia dan gemar membuat fitnah
5- Gemar membantah dalam sesuatu perkara
6- Khianat
7- Tamak kepada harta dan pangkat
8- Gagal mengendalikan nafsu dan emosi
9- Hasad dengki
10- Iri hati
Apabila seseorang itu marah,pergerakan fizikalnya turut berubah,Api kemarahannya yang semakin memuncak menyebabkan percakapannya menjadi kuat, kata-kata yang tidak teratur, bahasanya lucah,kasar dan bersifat menghina selain merendah-rendahkan orang yang dimarah ...
Persoalan akhlak,maruah diri, undang-undang tidak lagi menjadi isu yang penting kerana yang penting pada masa itu hanyalah " aku betul,orang lain salah " ... Kadangkala manusia boleh menilai bahawa individu berkaitan itu mempunyai sifat mazmumah seperti ego,tidak menerima kebenaran,bangga diri,dan lain-lain sifat yang dikeji Allah SWT...
Namun setiap manusia harus mengingati janji Allah bahawa setiap kejahatan dibalas dengan kejahatan juga..Sebab itu mengapa islam menganjurkan sikap Sabar dan Redha supaya manusia menjaga dan mengawal perasaan amarah mereka supaya tidak terlalu keterlaluan..sehinggakan boleh menyebabkan masalah yang lain pula berlaku...
Tidak ada balasan yang setimpal untuk mereka yang bersabar melainkan syurga Allah SWT...
>> Ya Allah Ya Tuhanku...Aku memohon keampunanMu Ya Allah diatas segala keterlanjuran kata-kata ku pabila aku diamuk kemarahan,Ampuni aku juga Ya Allah atas setiap perbuatan dan kelakuan ku semasa aku diamuk kemarahan..Sesunggunya segala yang pernah aku lakukan di luar ketidaksengajaan aku,dan KAU ampunilah aku Ya Allah,Sesungguhnya Aku insan yang lemah tidak cukup ilmu pengetahuan tentang bahana sifat tersebut..Ameen <<

.jpg)
.jpg)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan