Isnin, 11 Mei 2015

# Cara Menjemput Rezeki #

Bismillah ..

 Setiap kali bangun tidur ucapkan Alhamdulillah sebanyak 21 kali.
 Buat solat Dhuha bukan pasal untuk dapat rezeki tetapi untuk membalas rasa bersyukur sebab diberi nyawa.
 Sedekah sekerap mungkin, kalau boleh setiap hari contoh bagi binatang makan, masuk duit kat tabung masjid atau sedekah rumah anak yatim / tahfiz.
 Jangan kedekut nak belanja orang makan.
 Setiap kali dapat hasil, simpan untuk bekalan kecemasan. Jangan belanja semua.
 Rajin berdoa untuk kejayaan untuk orang lain supaya para malaikat mendoakan kejayaan kita. Selalunya kita asyik doakan untuk diri kita sahaja
dan selalu memikirkan diri kita sahaja.
 Setiap malam lakukan solat hajat mohon sentiasa diberikan petunjuk dan bimbingan dan mohon kepada Allah rezeki yang diberkati.
 Amalkan zikir yang kita boleh lakukan setiap hari untuk menyelesaikan pelbagai masalah kita :
LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNIKUMTUM
MINADZOLIMIN.
Baca zikir ini selama 10 minit setiap hari dan insyaa'Allah dipermudahkan
segala urusan. Khasiat ayat ni kalau diamalkan, insyaAllah segala kesulitan dapat diselesaikan dengan mudah sangat. Malah ianya juga menjauhkan kita dari terkena perbuatan sihir. Sesiapa yang susah hati, tekena buatan atau apa penyakit sekalipun, rajin²lah baca ayat ni setiap masa. Memang miracle.
Lepas je baca ayat ni, Nabi Yunus pun akhirnya dapat keluar dari perut ikan paus setelah ia dimuntahkan ke daratan. Setelah beberapa saat, akhirnya ia kembali ke Ninawa dan mendapat
kaum yang beriman. Ia pun disambut umatnya yang berjumlah mencapai 100 ribu orang, dan umatnya mendapatkan kenikmatan yang luar biasa di waktu yang telah ditentukan.
Doa ni afdal dibaca 11 kali ketika sujud sebaik saja selesai salam solat fardhu. Kemudian, mohon lah doa daripada Allah SWT. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani Emotikon smile

Emotikon smile

# Fitnah Wanita Dahulu VS Sekarang #

Bismillah,

terfikir nak menulis entry ni  setelah melihat keserabutan yang dah lama melanda diri..
maaf sy bukan nak mempersoal tentang apa sahaja yg sy nampak..tapi atas nama agama..sy trpaksa cakap juga (nampak tak ..tak puas hati kat stu ahaha)

Boleh jee wanita pakai pakaian warna putih atau hijau..lambang cintakan sunnah Nabi..Tapi semoleknya nak jadi bidadari ni, memang digalakkan memakai pakaian warna hitam seperti gagak..Sebab wanita zaman dahulu sangat sangat takutkan fitnah sehinggakan mereka sanggup ambil sarang labah-labah lumur kat pakaian semata-mata supaya pakaian tu nampak kusam.Wanita sekarang ? selagi bole berhias..berhias beno..dengan warna terang ..belom agi yg berkelip2..MasyaAllah..Sesungguhnya pemahaman aurat wanita zaman dahulu dan juga zaman kita sangat-sangatlah berbeza.

Sehinggakan zaman dahulu, mereka tak beritahu nama kepada umum dek kerana tak mahu lelaki asing menyebut2 nama mereka, Berbeza dengan nama para isteri Nabi sebab kita wajib tahu nama mereka kerana mereka ialah ibu2 kita dan para isteri Nabi.

Contoh baik yang paling dasyat ialah Wanita Tarim !! Wanita Tarim mengikuti contoh mereka ..sebab tu, jika ada orang luar mahu mengambil gambar, mereka tidak redha kerana diri ibarat aurat kepadanya..Jika ada orang call pulak,mereka takkan bersuara melainkan orang disana bersuara dahulu untuk memastikan jantina pemiliknya.Ustaz sy pernah memberitahu bahawa ramai wanita berniqab upload pic kat FB..isterinya menangis katanya mereka tertipu dengan Fitnah Dajjal.

Percayalah wahai sahabat semua, fitnah Dajjal takkan datang jika wanita tidak cuba-cuba untuk membukanya...Lupakah dahulu Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa dugaan lelaki pada akhir zaman yang terbesar ialah WANITA..

Umar Al-Khattab pun dikenali dengan sifat bengis, berani dan garang terhadap musuh, takut dengan fitnah wanita.Beliau lebih sanggup berjalan dibelakang seekor singa dari berjalan dibelakang seorang wanita..Itu kata, wanita ni mahal tetapi mereka tak percaya..Masih juga mahu buat tayangan perdana diri sendiri kepada umum.

Janganlah jadi watak akhir zaman seperti wanita berpakaian tetapi sebenarnya bertelanjang...Hukum menarik perhatian lelaki ialah HARAM !

Musahabahlah diri kita semua bahawa Akhir Zaman ialah berada pada Zaman kita..

Khamis, 31 Oktober 2013

# Usrah Tunjang Tarbiah #

 Assalamualaikum sahabat2 blogger sekalian..lama kan nana tak update..? Hew hew memang lama pun..berhabuk dah ha blog ni..nak tulis entry pon kejang tangan2..hehe...Ni first entry nana semenjak jadi pelajar balik..Baru la otak ni nak jalan sket tulis entry sejak2 habih skolah ni...law tak asyik jem je..

Baca tajuk kan ? Semenjak nana kat KL ni...nana try survey tempat2 usrah untuk join mcam yg dinasihatkan abang nana..setelah sekian lama..Rupa2nya sebelah tempat nana jer...Dulu nana asyik merungut sebab campus jauh ngan Hostel la,Hostel utama tak dapat la,kna kuar sejam awal nak gi kelas la..itu ini nana merungut...Tapi Alhamdulillah,rupa2 nya Allah titipkan hikmah disebaliknya..Rasa bersyukur sangat2..





Sebabnya dekat dengan tempat Usrah..dekat dengan program2 islamik..bebas nak gi mana2 (kalau kat Hostel Utama,Jam 11 malam pagar dah tutup),kat hostel nana yg jauh ni bole aje nak kuar masuk kuar masuk..Dekat dengan UIA (tempat kawan2 nana)..bila fikir2 kan balik..banyak sangat hikmah dy..Maha Puji bagi Allah..mengaturkan segalanya dengan baik sekali...  :)  Alhamdulillah syukur Ya Allah !

Hah ! lupa pulak..berbalik pada tajuk di atas..kwan2 nana kebanyakan tya nana apa itu usrah ? tempat budak2 tudung labuh je ke ? mengaji eh ? Cakap bhasa arab ke ? dan kebanyakan yg nana ajak akan cakap cam ni ..eh tak nak lah..aku bukan alim pun nak pgi tempat camtu ! ..Aku tak bersedia lagi la nak g usrah2 ni...Malaslah,kofem mgantuk..ape sangat usrah ni...

Ramai sebenarnya tak mengerti Usrah ni bukan lah khusus untuk budak2 tudung labuh sayang2 sekalian...tapi tempat yang meningkatkan keimanan kita terhadap Allah s.w.t....Nana rasa hati nana masih kosong..masih kotor..masih berdebu..sebab tu nana ske join usrah..

Okeyhlah..meh sini nana jelaskan sejelas2nya pasal usrah sayang2..

Usrah ni dalam bahasa Arab ialah keluarga,Dari segi istilah bermaksud kumpulan individu Muslim (Afradul Muslim) yang beriman dengan Allah s.w.t...berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam...Usrah ni membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah islamiyyah dan terjalin dengan satu ikatan persaudaraan islam (Ukhuwwah islamiyyah)..dan usrah juga merupakan medan tarbiah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan islam.

Okeyh matlamat usrah ni macam ni :

  • Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran islam yg syumul.
  • Mengukuhkan semangat ukhuwwah islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.
  • Menambahkan penghayatan islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap islam.
  • Membentuk satu generasi yang benar2 faham akan islam..beramal dengan ajaran islam dan bersedia untuk memperjuangkan agama Allah s.w.t..

Sejarah Usrah ...

   Bermula pada zaman Rasulullah s.a.w apabila pemeluk islam meningkat kepada 50 lelaki dan wanita...Rasulullah telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Alqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran2 islam ..tunjuk ajar dan nasihat (asenye semua tahu kan psal sejrah ni.kita pernah blaja kan mse kat skolah dlu ..?  ) ..Semua ini berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk islam.Kebanyakan mereka ialah golongan fakir miskin hamba yang tiada tempat dalam masyarakat Quraisy..

Rukun Usrah terdiri daripada 3 yg perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah iaitu :

  • Al-Ta'aruf (berkenalan )
  • Al-Tafahum (persefahaman )
  • Al-Takaful ( bantu menbantu)
Meh nana terangkan satu2...

1- Al- Ta'aruf
Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah.Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang dalam naungan Ruh Allah.Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhhuwah sejati sesama saudara...

2-Al-Tafahum
Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang teguh kepada kebenaran ..iaitu mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan..Setiap ahli usrah mesti sentiasa meneliti sehalus2nya sama ada diri benar2 telah menunaikan perintah Allah s.w.t...Setelah memeriksa diri sendiri,maka hendaklah menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurangan pada saudara yang lain...
 
Dalam memberi nasihat,yang diberi nasihat hendaklah menerima nasihat dan berterima kasih atas nasihat tersebut..manakala si pemberi nasihat pula janganlah berburuk sangka terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan itu sekadar jarak sehelai rambut sekalipun..

3-Al -Takaful
Memelihara nasib sesama sendiri sehingga tiada yang terbiar dan terdampar..Dasar al -takaful ini harus dilaksanakan bersungguh-sungguh untuk sama2 memilkul bebanan sesama sendiri .Dasar ini merupakan tunjang iman dan initisari ukhhuwah yang sejati.Untuk amalkan rukun ini senang sahaja..caranya ialah sentiasa bertanya khabar berita,saling menzirahi,saling memberi pertolongan sedaya mungkin.


Pengisian Usrah

A- Membentangkan permasalahan dan kesalahan
Setiap ahli usrah bentang masalah dan kesulitan yang dihadapi,kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk menolong anggota usrah mengatasi masalah tersebut..

B- Bermuzakarah
Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar2 pendapat berkaitan urusan umat islam..Hendaklah menatap risalah2 dan taklimat yang diedarkan,Dalam setiap pengertian usrah ,janganlah ada sebarang pertengkaran dan pertikaman lidah..Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak.

C- Kajian Buku
Digalakkan mengadakan kajian buku yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu,Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhhuwah yang sebenar.

Adap2 Usrah :

  • Mengiklaskan niat semata-mata kerana Allah s.w.t
  • Datang ketempat usrah tepat pada waktu yang ditetapkan
  • Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah
  • Datang ke majlis usrah dalam keadaan berwudhu' dan suci tubuh badan
  • Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Quran,teks usrah dan buku catatan
  • Hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhhuwah islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman islam
  • Mendahului majlis usrah dengan Al fatihah,pujian syukur ke hadrat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dan menutup majlis usrah dengan bacaan surah al- asr dan Tasbih Kifarah dengan bertaddabur maknanya
  • Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan,tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar
  • Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhhuwah islamiyyah di kalangan ahli usrah
  • Berada dalam keadaan sopan santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan
  • Bersalaman dan bermaafan selepas selesai usrah.

* Beginilah keadaan abang nana dulu masa dia belajar kat Amarika..Takut sngat diri dia hanyut..Alhamdulillah taat pada Allah dan iman yang kuat..serta selalu sertai Usrah..Dia tak jadi seperti rakan2 dia yang lain..sehingga dia balik dari US pon..ramai budak2 Overseas dia dulu cari dia..sebab dia Naqib kepada kumpulan Usrah mereka...


# Jangan risau sayang2 sekalian,Usrah ni tak bercampur tau...muslimin dengan geng2 muslimin..muslimat dengan geng2 muslimat..





PILIHAN DITANGAN ANDA ! SYURGA..NERAKA..JUGA DITANGAN ANDA.....SIAPA ANDA..JUGA BERMULA DARI ANDA SENDIRI...!!!

Wassalam....


Isnin, 21 Oktober 2013

# That's You #

You asked me whose life more important... ?
Yours or mine...?
And I answered  "mine"...
You walked away angry...
Not knowing that you are my life !!!  ...

Khamis, 11 Julai 2013

# The Power of Allah #

We always count the tears we have shed but we always forget to count the smiles we have carved..
" Sesungguhnya  Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. "
Let's Allah create our journey.. keeping smiles... ^^

Sabtu, 19 Januari 2013

# Jenis Darah dan Peribadi Anda #



Hah anda tau anda jenis darah ape? Jom p cek kat klinik…kalu dah
jom kite tgk ape maknenye…

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut
di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang
mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran
terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi
rahsia mengenainya?


DARAH ‘O ‘

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan
sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap
keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari
kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja
berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai
matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu
dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan
tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih
bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


DARAH ‘A ‘

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu
gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar
melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa
senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan
bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian
penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu
kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan
kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula
yang terabai.


DARAH ‘ B’

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.
Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang
kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri
sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu
adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu
yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,
mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan
kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua
perkara kita boleh menye
lesaikannya secara bersendirian.

DARAH ‘AB ‘


Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas
terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah
berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk
berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi
dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada
satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu
lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Jumaat, 18 Januari 2013

# Israiliyat cerita ambilan daripada Bani Israel #


Dr. Abdul Rashid Ahmad.....





Firman Allah, Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. (al-Baqarah: 2)

Ayat di atas menjelaskan fungsi al-Quran sebagai memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa. Bagaimanapun, bukan semua daripada kita memahami bahasa arab yang menjadi bahasa al-Quran. Justeru kita memerlukan kepada penafsiran ayat-ayat Allah.

Hal ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada munculnya tafsiran Israiliyat oleh sesetengah pihak termasuk juga segelintir pendakwah.

ikuti temubual pensyarah Jabatan Al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad bagi mengupas isu ini....

 Apakah yang dimaksudkan dengan tafsiran Israiliyat ?

DR. RASHID: Secara mudahnya, Israiliyat merupakan satu istilah yang merujuk kepada maklumat, cerita dan riwayat-riwayat yang diambil daripada Bani Israel iaitu golongan Yahudi dan Nasrani.

Ia merangkumi kisah-kisah umat dahulu kala, kisah para nabi dan rasul serta aspek-aspek yang berkaitan dengan kejadian dan penciptaan. Namun begitu, ada sebahagian ulama Islam yang memperluaskan definisi ini dengan merangkumkan semua unsur asing yang menyerap ke dalam tamadun Islam termasuk kisah-kisah dongeng yang dinukilkan daripada Majusi.

Oleh itu, apabila dikaitkan Israiliyat dengan tafsir atau tafsiran Israiliyat maka ia bermaksud tafsiran-tafsiran yang dibuat bersandarkan kepada cerita-cerita atau riwayat-riwayat yang bersumber daripada Yahudi dan Nasrani atau semua unsur asing yang diserap masuk ke dalam kitab tafsir.

Apakah peranan ahli kitab dalam tafsiran Israiliyat ini?

DR. RASHID: Memang golongan Yahudi dan Nasrani dikenali sebagai ahli kitab kerana kepada mereka diturunkan kitab Taurat dan Injil. Hal ini telah disebut oleh al-Quran sendiri contohnya dalam surah al-Ma’idah ayat 15.

Sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi hubungan baik antara umat Islam dan ahli kitab ini wujud. Hubungan ini terbukti apabila sebahagian para sahabat merujuk kepada ahli kitab untuk mendapatkan keterangan berkenaan kisah-kisah yang disebut dalam Al-Quran tentang kisah Nabi Isa a.s. dan mukjizatnya, tentang umat-umat terdahulu seperti kisah penghuni gua (ashab al-kahfi) dan sebagainya.

Tujuan para sahabat adalah sekadar mendapat penjelasan berhubung kisah-kisah tersebut yang mempunyai persamaan dengan kisah yang disebut dalam Taurat dan Injil.

Seperti maklum bahawa cara pembentangan al-Quran tentang kisah-kisah ini adalah secara ringkas berbeza dengan Taurat dan Injil yang memperincikannya.

Demikianlah kita nampak betapa rapat kaitan cerita ini dengan ahli kitab dan salah satu faktor yang mendorong ke arah itu.

Adakah kita dibenarkan menggunakan tafsir Israiliyat dalam berdakwah?

DR. RASHID: Bagi menjawab soalan ini, kita mesti melihat kepada kedudukan riwayat Israiliyat tersebut. Dalam hal ini, para ulama telah membahagikan Israiliyat kepada tiga bahagian.

Bahagian pertama, maklumat atau cerita yang diketahui kesahihannya menerusi al-Quran dan al-sunah. Apa yang termasuk dalam bahagian ini boleh diriwayatkan dan dijadikan sebagai hujah. Inilah yang disabdakan Nabi yang bermaksud, Dan riwayatkanlah daripada Bani Israel, tiada salahnya (Sahih al-Bukhari, no. hadis 3451).

Bahagian kedua, maklumat atau cerita yang diketahui pendustaannya kerana menyalahi al-Quran dan sunah. Semua yang termasuk dalam bahagian ini dilarang meriwayatkannya, ditegah mengambilnya dan bertanya mereka tentangnya.

Bahagian ketiga, apa yang didiamkannya tanpa komen. Kerana ia tidak termasuk dalam bahagian pertama dan kedua. Kita tidak boleh mempercayainya dan tidak pula mendustainya. Inilah yang termasuk dalam sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud, Janganlah kamu benarkan Ahli Kitab dan jangan kamu dustakan mereka. (Sahih al-Bukhari, no. hadis 4485).

Berdasarkan huraian tadi, jelas bahawa ada riwayat dan cerita yang boleh digunakan dalam berdakwah dan ada yang dilarang meriwayatkannya.

Sebabnya, dalam masyarakat kita, apabila diperincikan sesuatu kisah itu mereka seronok. Jadi ini adalah antara punca mengapa tafsiran Israiliyat berkembang dan digunakan. Ini untuk targhib atau menarik minat masyarakat kepada agama. Tujuannya baik tetapi ia telah disalahgunakan dan menjejaskan Islam.

Oleh itu, golongan alim terutamanya perlu berhati-hati apabila hendak menyampaikan kisah-kisah dalam al-Quran hendaklah dipastikan kesahihannya terlebih dahulu. Kita bimbang masyarakat akan terus percaya dengan tafsiran Israiliyat apabila menemuinya dalam majalah atau buku-buku.

Adakah tafsiran Israiliyat menjejaskan syariat?

DR. RASHID: Ini mestilah merujuk kepada sejauhmana ia menepati al-Quran dan sunah atau sebaliknya. Sekiranya ia bertentangan dengan roh syariat Islam yang suci, sudah tentu ia menjejaskan syariat. Perbuatan sedemikian adalah haram dan ia tidak patut digunapakai atau disebarkan.

Tafsiran yang menjejaskan syariat adalah seperti kisah Nabi Ayub yang dikatakan sakit berbelas tahun lamanya sehinggakan badannya berkudis dan berulat. Dikatakan dagingnya gugur sama sekali hanya tinggal tulang sahaja.

Patutkah seorang Nabi yang menjadi kekasih Allah dan pilihan-Nya diuji sedemikian rupa sehingga menjejaskan kedudukannya sebagai seorang yang patut dihormati.

Demikian juga dalam Hasyiyah Tafsir Jalalain oleh al-Sawi masih ditemui syarah tentang bumi ini di atas tanduk seekor lembu jantan dan lembu itu di atas belakang ikan Nun. (Lihat tafsiran surah Nun oleh al-Sawi)

Tafsir ini juga menceritakan kisah Nabi Sulaiman yang membuat istana berlantaikan kaca. Apabila Ratu Balqis berjalan di atasnya disangkanya air lalu beliau menyingkapkan kainnya, lalu Nabi Sulaiman melihat dua betisnya, yang didakwa oleh jin bahawa ia berbulu seperti keldai.

Patutkah seorang Nabi dikatakan berbuat sesuatu dengan tujuan melihat betis wanita? (lihat Tafsir Jalalain, al-Naml: 44).

Pada tafsiran yang lain dinyatakan bahawa Nabi Sulaiman tertinggal solat Asar kerana sibuk memeriksa kuda-kuda untuk berjihad. (Lihat, Tafsir Jalalain, Sad: 31)

Contoh-contoh seperti itu adalah antara riwayat Israiliyat yang tidak logik.

Ada juga tafsiran mereka yang bertentangan dengan sains, seperti bumi di atas tanduk lembu tadi. Walhal Islam tidak bercanggah dengan sains.

Bagaimana kita hendak mengesan tafsir al-Quran yang mengandungi ciri-ciri Israiliyat?

DR. RASHID: Majoriti tafsiran Israiliyat ini berlaku ketika menafsirkan ayat-ayat yang berkaitan dengan kisah-kisah al-Quran.

Maka mana-mana tafsir yang cenderung menafsir secara terperinci cerita-cerita itu hendaklah diberi perhatian khusus sama ada ia daripada sumber yang sahih atau sebaliknya.

Untuk mengenalpasti kesahihannya haruslah melalui beberapa kaedah. Pertama, kita harus menilai riwayat-riwayat tersebut adakah selari dengan syariat Islam atau tidak. Atau tegasnya sesuai dengan maksud al-Quran dan sunah atau tidak.

Kedua, harus dilihat bahawa ia sesuai dengan logik akal atau tidak. Ini kerana banyak riwayat dan kisah Israiliyat yang tidak logik.

Dan ketiga, ia boleh dikesan melalui kritikan ahli tafsir itu sendiri apabila ia membentangkan satu-satu kisah Israiliyat dalam kitab tafsirnya.

Ada juga ulama yang jujur dalam membicarakan Israiliyat ini. Antaranya ialah Ibnu Kathir dalam tafsirnya. Beliau menyebut tentang Israiliyat ini sekadar untuk memaklumkan masyarakat mengenainya supaya mereka tidak terpengaruh dengan tafsiran sedemikian.

Antara buku yang boleh dirujuk dalam isu ini adalah seperti berikut:

* Abu Syahbah, Muhammad bin Muhammad (1408). Al-Israiliyyat wa al-Mawdu’at fi Kutub al-Tafsir.

* Al-Dhhabi, Muhammad Husayn(1987). Al-Tafsir wa al-Mufassirun.

lAbd al-Wahhab Abd al-Wahhab Faid(1978). Al-Dakhil fi al-Quran al-Karim.

Rabu, 16 Januari 2013

# Wanita...Engkau Memang Cantik... #




Engkau memang cantik kerana...

Engkau tidak pernah tahu betapa cantiknya dirimu ...

Wanita..Perempuan..Muslimah...Solehah..Betina...??  Apakah bezanya ??

Wanita --> sifat (sifat kewanitaan)
Perempuan --> Makhluk
Muslimah --> Agama (perempuan yang beragama islam )
Solehah --> Iman (ada sifat kewanitaan,keperempuanan,muslimah,dan solehah)
Betina --> Binatang

Deherty-wanita

Allah suka pada kecantikan...!!!

Kategori wanita :
1-Solehah tapi tak indah...
2-Indah tapi tak solehah...



1- Solehah tapi tak indah

Ditujukan kepada golongan wanita yang mempunyai ciri-ciri solehah tapi tidak diimbangi dengan penampilan yang indah sebatas dengan saranan agama...

kategori minimum >>

- hias tak berlebihan
- tampil dengan wajah yang segar,normal,tidak sayu atau kuyu
- tak kelihatan murung seperti dilanda kesedihan mendalam
- tak berlebihan dalam berdandan..(menggunakan bedak hingga sekian sentimeter tebalnya)
- tak membiarkan tubuh mengeluarkan bau yang tidak sedap
- memastikan tudung terurus,tidak liar,berseterika,tidak berkedut,bersih

Ingatt !!!

Ketaatan kepada syariat bukan sebagai alasan untuk meminggirkan perhatian terhadap penampilan diri,Islam muncul bukan berlagak sebagai pembelenggu kecantikan namun hanya mengatur saatnya bila harus ditampilkan dan bila harus disembunyikan segala kecantikan yang dimiliki...



2-Indah tapi tak solehah

Ketentuan berhias yang perlu diketahui >>

- yang bukak hanya muka dan telapak tangan
- halal
- tak menyerupai orang kafir
- jangan menyerupai lelaki
- jangan melakukan pengubahan terhadap ciptaan allah
- jangan membahayakan tubuh
- jangan sampai membuat diri rasa sombong
- bangga diri dan angkuh
- jangan sampai menghalang masuknya air ke kulit atau rambut terutamanya yang sedang haid
- jangan berdandan dalam waktu yang lama
- jangan berbentuk kekal hingga tak hilang seumur hidup

Wajah yang dihiasi dengan cahaya keimanan,pasti akan menyerlahkan kecantikan semulajadi dan mampu meraih perhatian sesiapa sahaja..lebih utama lagi..biar sahaja kecantikan itu dapat meraih perhatian dan keredhaan Allah swt..kerana perhatian Allah swt itu lebih besar manfaatnya....



Bagaimana untuk cantik ???

- menundukkan pandangan (tengok sekadar sahaja)
- berhias dengan kemuliaan islam
- merasa cukup..tidak selalu kurang
- yakin bahawa cantik kita Allah kurniakan berbeza
- perbaiki akhlak
- lembutkan hati

<><><> Set dalam minda..Aku cantik kerana Aku rasa Aku cantik sebab Allah dah cipta Aku cantik <><><>


Menjadi seorang muslimah
tak perlu berasa rendah diri
penampilan terbaik kita
adalah tak ditentukan oleh
tebalnya bedak yang dipakai
buat mengindahkan
kulit wajah
tak pula ditentukan 
oleh gemerlap 'eyeshadow'
rambut palsu
bahkan suntikan pipi
tapi penampilan terbaik
adalah pemberian Allah
iaitu
diri kamu sendiri
sebaik-baik pemberian...



 <><> Akhwat bertudung panjang dan lebar belum tentu lebih baik dari yang bertudung biasa-biasa sahaja...
 <><> Kita tak boleh menilai labuhnya tudung seseorang...banyaknya solat ....dan gelaran hajah...
 <><> Ukuran agama ialah akhlak...iman itu adanya di dalam hati..sahaja tak ada yang mengetahui selain Allah...


***** Entry di atas merupakan catatan dan nota kecil yang Nana catit sewaktu Program Puteriku Sayang di Perak..09/04/2010 (Jumaat) oleh Ustazah Munirah....  *****