Tertanya-tanya Hukum memakai sarung lengan ? Kebiasaanya wanita dilihat memakai baju berlengan pendek atau 3 suku...sarung lengan itu dipakai bagi menutup aurat lengan yang selebihnya...Adakah pernah tertanya-tanya bolehkah memakai sarung lengan kerana saiznya yang ketat..menutupi kulit tetapi masih menunjukkan bentuk lengan kita ? Disini ada jawapannya :
Diantara syarat menutup aurat bagi wanita ialah menutup dengan suatu yang menghalang dari nampak tubuh badan dan pakaian tersebut tidak ketat sehingga nampak bentuk tubuh badannya.
Oleh itu jika seorang wanita memakai baju lengan pendek dan memakai sarung lengan sampai ke pergelangan tangannya maka hukumnya masih dikira tidak menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak.Ini adalah kerana bentuk aurat yaitu tangannya masih kelihatan melainkan sarung lengan yang dipakai itu longgar sekira2 tidak kelihatan bentuk lengannya.
Adapun jika wanita tersebut memakai baju lengan panjang (mcm baju kurung, jubah atau t-shirt muslimah ) dan memakai pula sarung lengan maka apabila ia mengangkat tangannya sebab mengambil barang yang tinggi tempatnya lalu kelihatan lengannya yang memakai sarung itu hukumnya dimaaf pada syarak.

.jpg)
.jpg)

.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan