Pernah dengar Tafsir Fi Zilalil Quran ? Siapa yang buat tafsir tu sampai sekarang kita masih menggunakannya ? beliaulah as Syahid Syed Qutb..jom lihat perjalanan kisah hidup beliau ..hehe ^^
Tersebutlah kisah...
Lahir.... suka dgr Al Quran... bercita-cita mahu menjadi qari....
Sayyid Qutb lahir tahun 1906 di Egypt. oleh kerana ayah dan ibunya sangat kuat mematuhi ajaran agama dan tergolong dalam orang-orang yang menyintai Al Quran, Sayyid Qutb pernah berangan-angan untuk mempunyai suara yang lunak merdu seperti qari-qari yang memperdengarkan tilawah Al-Quran kepada ibunya. namun Allah tidak mengizinkannya kerana Allah telah menjadikannya sebagai orang yang lebih hebat lagi di zamannya...
Menghafaz....suka membaca dan beri idea bernas....
Beliau mula hafal Al Quran sejak 10 tahun. sejak kecil dan remaja, beliau mula memperlihatkan kegemaran membacanya yang mantap serta boleh memberi idea-idea yang bernas.
Menjadi guru....
Beliau berjaya memasuki Kuliah Darul 'Ulum dan setelah menamatkan pengajian tingginya, beliau menceburkan diri dalam bidang perguruan dan penulisan dan akhirnya dipindah ke bahagian Pentadbiran Kementerian Pelajaran di Kaherah.
Sangat berpengaruh dalam bidang penulisan....
Beliau menjadi seorang yang sangat berpengaruh dalam bidang penulisan di dalam akhbar dan majalah. orang-orang muda terutamanya sangat meminati hasil tulisan beliau sehinggalah beliau buat keputusan tuk menulis buku. waktu itu, umur beliau sudah mencecah 40 tahun. dari 1945 - 1950, beliau telah menghasilkan 26 buah buku dalam bidang penulisan sastera Islamiyah.
Ke Amerika....
Tahun 1948, beliau dihantar ke Amerika dan duduk di sana selama 2 tahun. di sana, beliau melihat dan mengkaji tentang kehidupan orang-orang di Amerika. Boleh dikatakan beliau ialah orang yang sangat tahu tentang agamanya tapi beliau menulis hingga ke cerita-cerita yang mengarut dalam gaya penulisannya.
Turning point...
Bagaimana Syed Qutb boleh tersedar ? pada satu ketika beliau sakit dan duduk di hospital. dari atas bilik, beliau dapat menyaksikan ramai orang Amerika sedang berpesta sakan. Beliau pelik dengan keadaan yang tidak pernah beliau lihat. lalu beliau bertanya pada salah seorang tentang apa yang berlaku. Lalu orang itu berkata "Kau tak tahu ke? Kat Mesir, ada seorang terrorist Islam telah pun ditembak mati. kami gembira sebab tu kami raikannya dengan berpesta!"....Tahu siapa kah gerangan 'terrorist' Islam itu ? itulah dia hero kita, Hassan al Banna. (semoga Allah merahmati segala usaha jihad HAB)
Syed Qutb mula berfikir kenapa orang-orang Amerika sangat gembira dengan kematian Hassan al Banna. pasti HAB ini seorang yang luar biasa hebatnya. Lalu mulalah Allah bukakan hatinya untuk sedar. beliau juga pernah berkata melalui pengamatannya "Amerika mempunyai segala sesuatu kecuali roh". Mereka bersifat materialistik semata-mata. Nak cari duit, Untuk apa? supaya hujung minggu boleh ke night club bersuka ria dan buat maksiat. begitulah...
Kembali ke Mesir....
Sekembalinya ke Mesir, beliau memutuskan untuk meninggalkan gelanggang sastera dan menumpukan seluruh hayatnya kepada pengajian dan harakat Islamiyah serta memasuki Ikhwanul Muslimin. beliau menulis...
"Orang yang menulis kajian ini ialah seorang yang hidup membaca selama 40 tahun genap. kegiatannya di peringkat pertama ialah membaca dan menelaah kebanyakan hasil pengajian dalam pelbagai bidang pengetahuan manusia termasuk kajian yang menjadi bidang kegemarannya. dan pada akhirnya, ia pulang ke pangkal jalan iaitu pulang dengan sumber aqidah (Al Quran), pandangan dan kefahamannya. dan di sana ia dapati bahawa seluruh apa yang dibacanya itu amat kerdil jika dibandingkan dengan potensi-potensi aqidah Islam yang agung itu dan akan terus dengan sifat agungnya. Walau bagaimanapun, ia tidak menyesal atas kehabisan umurnya selama 40 tahun itu kerana dengan usianya yang selama itu, ia berjaya mengenal hakikiat jahiliyah, mengenal penyelewengnya, kekerdilannya, kekosongannya, kesongsangannya, kesesiannya dan dakwaan-dakwaannya yang karut. Sejak itu ia sedar dengan penuh keyakinan bahawa seorang Muslim tidak boleh menyatukan 2 sumber ilmu pengetahuan yang berlainan itu utk diterima olehnya". - Syed Qutb
Aktif dalam penulisan Islamiyah (1951-1964).....
Beliau mula menulis dengan serius dan cemerlang hingga lahirnya karya-karya agung yang menjadi warisan hingga hari ini. salah satunya ialah Tafsir Fi Zilalil Quran hingga lengkap 30 juzuk yang mengambil masa selama 8 tahun untuk disiapkannya.
Uniknya Tafsir Fi Zilal berbanding tafsir lain....
Fi Zilal Quran bermaksud "In the Shade of Quran" atau "Di bawah bayangan Al Quran". uniknya tafsir ini ialah ianya ditulis dengan tinta derita sengsara yang begitu pahit akibat penindasan dan permainan politik gila kuasa yang zalim di zaman itu (Presiden Jamal Abdul Nasir memerintah)
Beliau telah menghadapi penyeksaan fizikal yang kejam hingga membuatkan seluruh entiti beliau tertumpu hanya pada Allah S.W.T dan kepada penghayatan Al Quran. di mana beliau hidup di bawah bayangan Al Quran dengan seluruh jiwanya sebagai seorang pendakwah.
Tafsir ini juga berbeza dari tafsir-tafsir yang lain kerana beliau menggunakan satu method pentafsiran membersihkan pentafsiran Al Quran dari pembicaraan sampingan dan selingan yang tidak disarankan oleh nas-nas Al Quran. Oleh itu, beliau menjauhkan tafsirnya dari perbahasan mengenai bahasa dan tata bahasa, tentang ilmu kalam dan ilmu fiqh.
Beliau telah menulis tafsir ini sebanyak 2 kali iaitu yg pertama ia menulis dengan tinta seorang alim, dan kali kedua dia menulis dengan darah syuhada'...
Tanggal waktu fajar Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29 Ogos 1966, beliau dijatuhi hukuman gantung setelah didapati bersalah oleh "Mahkamah Tentera" yang telah ditubuhkan oleh kerajaan revolusi di zaman itu. Mahkamah ini mempunyai sejarah pengadilan yang hitam dan banyak mengorbankan orang2 yang tak berdosa. Hukuman gantung tetap dilaksanakan secara mendadak ke atas beliau tanpa menghiraukan bantahan dunia Islam dan menolak secara tidak sopan telegram rayuan peribadi dari Raja Saudi Almarhum Faisal Ibn Abdul Aziz di mana baginda merayu supaya beliau dibebaskan dari hukuman gantung dan baginda bersedia memberi apa sahaja yang dituntut oleh kerajaan Mesir.
" Tangan yang mengangkat kalimah syahadah ini tidak akan tunduk pada taghut! "
(kata-kata yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)
(kata-kata yang diberikan oleh Syed Qutb ketika dipujuk oleh Presiden supaya kembali tunduk pada mereka)
:: izinkan kami mengutip semangat perjuangan mereka ini Ya Allah ::


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan