Jumaat, 5 Oktober 2012

# Fitnah Disebalik Wahabi VS Anti Wahabi #






Mafhum: FIRMAN ALLAH:


"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik..sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk." (Al-Nahli:1

25)


Namun sikap Umat Islam yang sering mengkufuri Tuntutan Wahyu. Kalau betul ingin berdebat , mencari salah atau bertekak saling tuduh sesat dan menyesatkan. Mengapa pula mereka tidak pergi berdebat dengan Tok Sami Budha ke, Budhist ke, hindu ke..... mereka tu lagi sesat. Tapi elok-elok buat kawan?

Jika golongan sesat perlu dimusuhi, diperangi atau dihapuskan, maka tidak perlulah diutuskan Nabi. Atau untuk siapakah nabi diutuskan? Untuk siapakah Umat nabi perlu membawa agama islam atas konsep “ balligh a’nni walau bi aayah” (sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat)....

Tidak pernah wujud didalam Agama, terutamanya amalan sunnah, yang membenarkan permusuhan diantara golongan yang sesat. Malah baginda pula hampir setiap hari menyuap makanan kpd seorang buta musyrikin yang setiap hari mencerca baginda.

Jika telah merasakan bahawa diri seseorang atau firqah tertentu sudah benar dan maksum, maka tidak payahlah dibaca surah alfatihah yang berpuluh kali sehari dlm solat memohon agar ditunjukkan jalan yang benar...

Dalam Islam kita hanya dituntut untuk mengkhabarkan sahaja tentang sesuatu kebenaran. Kemudian terlepaslahlah kita. Kiranya orang itu menerima atau tidak," Laa Iqraaha Fiddin"- Tiada paksaan dalam agama dan jangan memaksa....

Kemudian gunakanlah " lakum diinukum waliyadeen" (bagimu Cara agamamu, bagiku Agamaku"....- Maka akan ketemulah dengan hikmah disebalik tuntutan agama.


Kemudian bersatulah didalam Satu Umat Islam.

Bahawa dalam satu 'Umat Islam' akan terdiri daripada Setinggi-tinggi Ialah Khalifah Islam manakala serendah-rendah ialah Golongan Yang sesat, termasuk Kafir Dzimmi.(yang membayar Jizyah).


Manakala Golongan Yang perlu diperangi atau dimusuhi Hanyalah 3 Golongan SAHAJA iaitu, Kafir Harbi, Munafik serta Riddah.

SIAPA GOLONGAN ANTI WAHABI  ?
Golongan Penadah Kitab Klasik ASWJ (anti Wahabi) sebenarnya mereka telah banyak disuntik fitnah oleh musuh dengan telah diubahpada banyak kitab-kitab Mereka sehingga mereka telah melakukan Bid’ah didalam sumber keibadatan mereka serta Syirik kepada Allah terutamanya dengan mensyirikan Allah dengan nabi Muhammad s.aw. Namun mereka tidak sedar dan sesekali tidak akan mengaku.

- Yakni mereka sebenarnya ialah suatu GOLONGAN YANG DIJANGKITI VIRUS.

Lantaran mereka sedang MEMAKSUMKAN Kitab mereka setanding dengan Al-Quran. Juga memaksumkan Nama Ulamak (sebenarnya hanya nama, kerana Ulamak-ulamak tersebut telah meninggal).

SIAPA GOLONGAN WAHABI  ?

Golongan WAHABI pula ialah suatu golongan Yang asalnya suatu golongan Ulamak islam yang telah Berjaya di olah atau dipengaruhi oleh taktikal dalaman daripada pihak Musuh islam ....

Iaitu mereka ini telah 'DI WUJUDKAN SELAKU ANTI VIRUS'.

Mereka sebenarnya telah disuntik Fitnah Oleh The Asiatik Oriental. Sebuah intitusi bagi merosakkan Islam dari dalam. Yakni mereka dijadikan AntiVirus dalam keadaan yang sama, mereka telah di Najisi oleh Institut tersebut, dengan menjadi Penentang kepada Ulamak Mustaqdimin serta Imam-Imam Mujtahid.

Golongan Wahabi ialah suatu Golongan Yang (Pro Kitab), Terputus jalan (sanad) Warisan ilmu. lantas mereka cuba mengutip apa-apa yang wujud dari kitab-kitab yang mereka dapati (padahal Juga telah diubah oleh Golongan Musuh), demi bersaing serta bertembung dengan Ulamak Klasik. Sehingga mereka sanggup --->


-mengubah warisan islam, 
-Mencerca Ulamak Mustaqdimin,
- Membuang kaedah Fiqh, 
-usul –usul agama yang diwarisi selama berabad-abad lamanya,
-Juga angkara kerana melakukan Bid'ah terhadap Ilmu. Mereka Juga memaksumkan kitab-kitab yang dipelajari oleh mereka.


Ini adalah dengan tujuan yang khusus bagi merombak Usul Agama serta Kaedah-kaedah Agama. Jika selama ini pihak musuh telah Berjaya menceroboh matan-matan sumber agama. Mereka menggunakan suatu golongan Ulamak islam yang kini digelarkan sebagai Wahabisme, bagi merombak konsep usul atau warisan Mujtahid islam yang awal terutamanya Para Imam mazhab.

Maka bertembunglah Virus dengan AntiVirus yang sebenarnya adalah dibawah percaturan Pihak musuh. Sehingga hampir kebanyakan Umat islam akan terus bersengketa didalam kelambu sendiri, serta akan terlepas pandang kepada siapa musuh islam yang sebenar.

Penawar yang paling mujarab bagi merawat SINDROM ini ialah hanya dengan akur kepada Tuntutan Al-Quran. Terutamanya jangan melibatkan pengaruh Orang Kafir, Cara Orang Kafir, berteman dengan orang kafir, didalam Umat islam.

KESILAPAN ASAS ULAMAK WAHABISME INI IALAH TATKALA MEREKA TELAH MEMBAWA MASUK PENGARUH MUSUH KEDALAM UMAT ISLAM. MEREKA TELAH MEMBERHENTIKAN JIHAD TERHADAP MUSUH, MALAH MEREKA SEBALIKNYA MENJADI TEMAN DAN SEKUTU KEPADA MUSUH ISLAM .

MEREKA INILAH YANG SEDANG MEMBENARKAN ' S E K U L A R I S M E'.

Iaitu mereka mula berkawan serta bekerjasama dengan pihak musuh islam dengan alasan bagi menguatkan pengaruh mereka. Namun dalam tidak sedar, peluang yang selama ini ditunggu-tunggu oleh Musuh sudah terbuka dengan begitu rambang sekali.

Lantas mereka mewujudkan Intitusi Khas bagi Melatih Golongan Paderi agar Menyamar sebagai Ulamak atau Guru islam. Mereka ini telah menyerap masuk ke dalam agama islam serta mengubah Ulamak serta kitab-kitab islam dengan amat trajis sekali.

Apakah kalian akan percaya jika saya membuktikan bahawa Musuh islam sangat mampu dan telah BERJAYA mengubah Sumber Agama islam, melainkan Al-Quran?


Mereka bukan mengubah semuanya, tetapi mereka mungkin mengubah 0.001% daripada sumber agama yang ada. Namun daripada nisbah yang amat kecil itulah sebenarnya memberi Effect yang sangat dahsyat kepada Agama islam. Kerana mereka hanya memilih Target kepada Nadi islam iaitu:

1. Konsep Siapa Musuh islam, siapa Umat islam.
2. Konsep penyatuan Umat, atau konsep Masjid.
3. Konsep Ekonomi Islam (zakat).
4. Konsep Muamalah Umat islam (membuka ruang kepada kerjasama dengan Golongan kafir).


BUKTI YANG PALING JELAS BAHAWA SUMBER AGAMA TELAH BANYAK DIUBAH OLEH MUSUH IALAH:




Lagikan surat Nabi yang hanya beberapa keping itu mampu diubah copnya. dalam keadaan dijaga rapi oleh khazanah islam.

Sehingga semua Umat sedang takrir kepada kalimah: "Allah Utusan Muhammad. " “”


BID’AH TERHADAP SUMBER AGAMA ( AL-QURAN-HADITH-IJMAK- KHILAFIAH)
Antara sebab yang menjadi Bid'ah PALING UATAMA ialah,

tatkala kertas, kitab atau Buku dijadikan SANAD kepada Sumber Ilmu. - Walhal tiada pernah terdapat dalam Kaedah Islam atau Mustolah Hadith, Kertas boleh menjadi RIJAL Hadith.

Ini buktinya bahawa semua Hadith yang ada atau dibukukan hari ini perlu melalui Kaedah Usul hadith yang bersentiasa.

Itulah pentingnya Ilmu Usul Hadith. Agar dapat menilai sesuatu hadith secara benar. Walaupun sedang dicatat soheh sekalipun. Bukti yg paling nyata ialah tatkala berlakunya pertembungan (bercanggah) diantara hadith. Padahal tidak pernah wujud hadith yang akan bercanggah satu sama lain.

Sumber Ilmu yang lebih 'kuat' pada hari ini ialah Ilmu yang bersanad. Iaitu yang diwarisi dan diajar secara mutawatir (ramai) dari satu kelompok kepada satu kelompok. Kerana Mustahil mereka semua akan bersatu dalam pembohongan (walau mungkin tersilap). Inilah kelebihan ilomu secara Talaqqi (lansung antara Guru dengan Murid). -Yang kian bersambung sejak awal Islam sehinggalah ke hari ini.- SANAD ILMU menggunakan Face to face.

Oleh yang demikian, tumpukan perhatian atau pandanglah dengan lebih kuat pada Golongan 'Pondok (walaupun saya juga bukan aliran Pondok Full time)., kerana mereka mewarisi Ilmu secara manusia serta berkelompok.

Itulah jawapannya Tatkala bertemu dengan Hujah Wahabi,atau anti Wahabi bahawa:,
1. Kitab islam Mungkin Terubah.
2. Sanad Ilmu menggunakan Kitab atau kertas adalah semuanya berstatus Dhoi'f (walau dicatat saheh sekalipun).
3. Gunakan Qawaied /usul agama serta Al-Qoran - al karim bagi menilai semua Sumber agama kembali.


ORANG YANG BERTANGGUNG JAWAB MENGUBAH KITAB IALAH BUKANNYA WAHABI ATAU ANTI WAHABI.- TETAPI GOLONGAN MUSUH ISLAM YANG TELAH MENYERAP MASUK KE DALAM MASYARAKAT ISLAM.

Angkara Utama ialah disebabkan oleh Golongan Wahabisme awal, yang telah membuka pintu kepada Musuh. Bila mereka dah boleh masuk........ itulah punca Yang paling Dahsyat. - Itulah betapa seriusnya Al-Quran mengecam kerjasama, berteman atau menerima Golongan Kafir di dalam Urusan Umat Islam.

Mereka bukan hanya mengubah kitab.
Tetapi mereka telah mengubah AGAMA KITA!

SEHINGGA ISLAM HANYA TINGGAL NAMA.
AL-QURAN HANYA TINGGAL AYAT-AYATNYA SAHAJA.

Kamu beribadat menggunakan kitab-kitab selain Al-Qoran.
majlis-majlis ilmu kamu juga adalah melibatkan kitab-kitab yang bukan Al-Qoran.

DARI ULAMAK BERPUNCA FITNAH,
JUGA KEPADA MEREKA FITNAH ITU KEMBALI.

Mafhum:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".

H.R al-Baihaqi




Tiada ulasan:

Catat Ulasan