Ahad, 9 Oktober 2011

# Pesona Cinta #







Fitrah manusia tentang cinta remaja..yang sememangnya ingin turut merasai untuk dicintai..menyintai..kita tidak mengatakan ini salah tetapi sudah menjadi lumrah malah barah dikalangan remaja pada masa kini..
Ibarat magnet cinta..dari mata turunnya ke hati...

Sms -->  Gayut --> Dating -->  Intim -->  ???

Remaja masa kini seharusnya memahami hakikat cinta..iaitu di dalam islam..cinta seharusnya diletakkan kepada yang paling agung dan berkuasa iaitu Allah ,Rasulullah dan Para Nabi...serta sesama Mukmin...

Allah merupakan pemilik cinta.Mengapa kita tidak kejar pemilik cinta dari terus mengejar cinta yang tidak pasti ???

" Sesiapa sahaja yang hampir kepadaKu sejengkal,Aku hampir kepadanya sehasta..sesiapa yang hampir kepadaKu sehasta..Aku hampir kepadanya sedepa..sesiapa yang datang kepadaKu berjalan..Aku akan datang kepadanya berlari..sesiapa menemui Aku membawa dosa seluas bumi maka Aku akan menemuinya dan memberi pengampunan sebesar itu juga.."

Subhanallah..sebegitu sekali Allah dengan kita..tetapi kita ??? sombong untuk mengingatinya...



Dunia hanyalah permainan dan senda gurauan...

" Wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk wanita yang keji dan wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..mereka itu bersih daripada yang dituduhkan oleh mereka "

" Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri dengan perbuatan maksiat..janganlah berputus asa dari rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa..Sesungguhnya dialah juga yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani "

Hamba Allah :

-Cinta Allah tiada dikriminasi (untuk semua makhluknya)
-kekal abadi
-untung dunia akhirat
-mendapat ketenangan dan kebahagian hakiki
-air mata menjadi penyelamat (sesiapa yang menangis menghadap Allah dengan keyakinan yang tinggi..wajahnya tidak akan dijilat api )
-manusia sekeliling 'respect'
-layanan istimewa tanpa bayaran dan mewah nikmat (hirup udara tak kena bayar..bercakap x kna bayar ..dll)

Hamba Cinta :

-Bergantung kepada rupa,harta,darjat dan usia
-cepat bosan
-duit melayang..body terbang
-berpura-pura tenang dan bahagia
-buat bengkak mata je !
-orang sekeliling meluat
-ada udang disebalik batu !



<><> Entry diatas merupakan Nota kecil Nana semasa berlangsungnya Program Puteriku Sayang...17/07/2009...Cik Rohayu...<><>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan