Selasa, 18 Oktober 2011

# Disini Langkahku Bermula #


Cintakan bunga...bunga kan layu...
Cintakan manusia...akan pergi meninggalkan kita...
Cintakan Allah...Abadi selamanya...

Dunia menghayalkan kita..kita lupa hakikat Allah menjadikan diri kita sebagai khalifah yang ditempatkan di bumi...yang harus mencari sebanyak mungkin kebaikan dan amal soleh untuk dibawa ke Akhirat yang hakiki....Tak cukup rasanya bekalan kita selama ini untuk meniti titian siratulmustaqim..Tanya diri kita..Apa yang kita buat dengan masa yang ada...adakah berseronok dengan nikmat dunia...atau menambah amal untuk kematian yang bakal menjemput bila-bila masa..

Ya ..kita semua pernah melakukan kesalahan..Adakah kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri ? atau kita masih menanam sifat "tidak bersalah" dalam diri yang mana mendatangkan "sombong diri "..itulah dia satu kesilapan yang tidak kita sedari..

Tiada manusia yang bersih dari dosa...selalu sahaja ada debu lalai yang melekat..Saatnyalah merenung ke dalam diri bahawa manusia punya kelemahan dan kekhilafan...

Khalifah Umar pernah berkata " Muhasabah dan hitunglah "

Namun bukan senang untuk merubah manusia..hati yang kotor akan menjadi keras..dan seterusnya menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu...belajarlah sebanyak mana pun..ilmu tak akan masuk dek kerana kotornya hati kita...

Sifat malu..segan..keras hati..dan tak mahu tunduk pada pendapat orang lainlah yang menghalang tuk diri kita berubah...katakan saja di dalam hati...

"Aku mengutamakan pandangan Allah...dari pandangan manusia..."



masih belum terlambat tuk berubah...


Dan pabila hati sudah bersih...maka kita boleh melihat apa yang terhijab selama ini..kita boleh melihat semua kebenaran...yang hak..yang batil...semua dek kerana hati yang bersih..
Hal ini kerana pabila dengan hati yang kotor...lalu menjadi keras...seterusnya menjadi hati mati...Hati yang mati disebabkan tidak diberi santapan rohani dan makanan iaitu tidak pernah mengingati Alllah...Kita terlalu memerdekakan hawa nafsu dari santapan rohani dan jiwa sendiri dengan mengingati Sang Pencipta kita...

Orang beriman menganggap dosanya seperti gunung yang akan menimpanya..Manakala,orang yang sombong menganggap dosanya seperti seekor lalat yang terbang melewati hidungnya..Ramai manusia sedar tetapi tidak ramai yang insaf..terjaga ..dan tidur semula....

Wallahualam...

<><> Entry di atas adalah catatan Nota yang Nana catit sewaktu berlangsungnya Program Puteriku Sayang...31/07/2009...Ustazah Mazidah...<><>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan