Allah melarang umatnya khususnya wanita ..khudhu...yakni cara mereka berbiacara yang boleh membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya 'berpenyakit'... Namun dengan ini bukan bererti Allah melarang semua perbicaraan wanita dengan setiap lelaki..haruslah ada adap dan batas-batasnya....
Kita lihat dunia moden pada hari ini..dimana soal agama seperti aurat..pelakuan dan adap juga tidak diambil kisah lagi..jadi apatah lagi dengan adap berbicara ini...Bukan islam mahu 'menutup' mulut wanita daripada bersuara tetapi lihatlah wanita-wanita jahiliah sekarang...melunak-lunakkan suara mereka seakan-akan menggoda apabila berbicara dengan kaum lelaki..
Hati lelaki mana yang tidak terpegun malah kemungkinan "terjatuh hati" dan mula memikirkan yang bukan-bukan terhadap wanita tersebut..Jadi wanita seharusnya menjaga tona suara mereka supaya lebih bersopan..insyaallah...
Dalil ialah ayat 32 dalam surah al_Ahzab
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).


Tiada ulasan:
Catat Ulasan