Rabu, 2 November 2011

# Syaqiq AL- Balkhi #

            Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyur,Syaqiq Al-Balkhi telah membeli sebiji tembikai untuk isterinya.Tembikai itu pun dibelah dua.Sebahagian daripada isi tembikai itu telah rosak dan kuning warnanya ,Isteri Syaqiq pun marah-marah kerana merasakan suaminya telah ditipu.

            " Kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu?" tanya Syaqiq Al-Balkhi.." Adakah kepada si penjual,atau pembeli atau penanam atau kepada Pencipta buah tembikai itu ?" Isteri Syaqiq lantas terdiam apabila ditegur oleh suaminya itu.

           " Si penjual sudah tentu ingin buah-buah tembikainya terdiri daripada jenis yang terbaik.Bagi si pembeli pula,sudah tentu menginginkan pembeliannya yang terbaik,Begitu juga dengan si penanam,Jika boleh,dia menginginkan hasil tanamannya ialah yang terbaik.Jadi ternyatalah engkau hendak menujukan kemarahanmu kepada pencipta buah ini.Bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya." Isteri Syaqiq pun menangis dan menyesali perbuatannya itu "


~ Moral of the story - Bersyukurlah dengan segala nikmat yang pernah diberi kepada kita,Jangan sesekali kita menghamburkan kemarahan tanpa berfikir dengan logik akal kerana segalanya sudah ALLAH tentukan tanpa kita mengetahuinya.Wallahualam ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan