Jumaat, 4 November 2011

# BerHaTi-HaTi MenJaGa HaTi #

          ~  Kata Imam Al-Ghazali : " Carilah hatimu sewaktu membaca Al-Quran,Jika kau tidak temui,
            Carilah hatimu ketika mengerjakan Solat,Jika tidak juga kau temui,Carilah hatimu ketika duduk Bertakafur ...~     

 Hati orang mukmin merupakan hati yang sihat dan ceria..(^_^)..Manakala hati orang yang fasik @ berdosa ialah
hati yang sakit dan resah (~_! )..Setiap dosa itu akan terus mengundang resah di dalam jiwa sehinggakan orang-orang yang fasik ini sentiasa berasa gelisah tanpa sebab..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu."

Dosa ialah "Virus" yang menyebabkan hati kita sakit tanpa kita ketahui  kerana hati yang sakit mudah dipengaruhi dan dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh Syaitan laknatullah..Sesuai dengan firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan "



        ~ Ada 4 Tahap Virus yang Merosakkan Hati Manusia ~        



1- Rasa Bersalah dengan Dosa

Pertama kali kita membuat dosa ,kita sudah pastinya dihambat rasa bersalah yang amat kepada Tuhan,Jiwa kita menjadi resah kerana diri sendiri menentang fitrah Allah..Sebenarnya fitrah semula jadi manusia ialah baik sewaktu di alam roh lagi  dan kemudiannya dilahirkan ke dunia namun apabila fitrah ini dikotori,maka manusia mula menentang hati kecilnya sendiri..



2-Rasa Biasa dengan Dosa

Orang yang fasik akan merasa biasa dengan dosa yang dilakukannya kerana jika dosa yang sama diulang kali kedua,ketiga dan seterusnya,rasa bersalah kepada Allah akan hilang sedikit demi sedikit...
Lalu akhirnya ..hati itu telah terbiasa dengan dosa-dosa...Malah rasa bersalah tidak akan datang lagi menghantui diri..Hati itu menjadi "Alah bisa tegal biasa "....


3-Rasa Seronok dengan Dosa

Dosa itu umpama  "Bisa dan Racun " yang disaluti oleh kemanisan dan keindahan yang palsu...Dosa yang sudah biasa dibuat tidak akan sama sekali memberi kesan kepada hati mereka..Dari tahap terbiasa dengan dosa,"Penyakit " hati ini akan meningkat setahap lagi iaitu " Seronok dan rasa indah dengan Dosa "
Dan pada tahap inilah..semakin banyak dosa akan dibuat....rasa ketagih dengan maksiat,rasa gian dengan kemungkaran ,dan bermacam-macam lagi..Dosa -dosa ini dianggap nikmat oleh mereka...


4-Jadi Pembela kepada Dosa

Sememangnya nafsu manusia tidak pernah puas dengan setiap perkara ..Kehendak yang tiada batasan..Dan syaitan pula menjadi musuh yang tidak pernah tidur kerana mahu memastikan setiap usahanya berhasil seperti yang dinginkan..
Hati manusia akan dipandu agar setiap dosa dan maksiat yang dibuat terasa indah..
Itulah tahap Keempat yang lebih Dasyat dan Tenat..Keseronokan dosa menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya sendiri..
Pada tahap yang kronik ini,dosa -dosa akan dipromosi dan dihiasi dengan sesuatu yang indah,seronok dan menguntungkan...

Awas... Hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta,Kerana hati yang sebegini sangat keras kerana mazmumah sudah semakin membarah akibat syirik,kafir dan munafik..

Allah berfirman yang bermaksud " Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya,maka akhirat nanti jaga akan buta dan lebih sesat lagi jalannya...

Jika mati pun belum dapat menginsafkan kita,Maka berdoalah kepada Allah agar dikurniakan "HATI" yang lain kerana hakikatnya kita sudah tidak mempunyai hati lagi...Berhati-hatilah menjaga hati agar kita tidak kehilangannya....

.~Wallahualam ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan