Si Ibu akan sayangkan anaknya,akan mengawal anaknya daripada melakukan sesuatu yang boleh membahayakan.
Umpama anak yang masih kecil baru sahaja belajar merangkak,bermain di tepi tangga,Jika dihalang,anak tersebut akan menangis..Mengapa ?
Ini kerana fikiran si anak masih kecil tidak boleh menjangkau kebimbangan si ibu terhadapnya..Si anak hanya tahu untuk bermain sahaja tanpa mengetahui apa-apa bahaya..
Contoh yang lain misalnya, si anak menghidap sakit,Si ibu akan menyuapkan ubat namun anak memuntahkannya semula..Pahit agaknya ,Puas si ibu menyuapkan ubat namun si anak tetap berdegil..Akibatnya si ibu akan memaksa si anak memakan ubat itu dengan cara yang lebih keras dan tegas..
Begitu juga antara kita dengan ALLAH ..Walaupun sebenarnya nisbahnya terlalu jauh..Allah sangat kasihkan hamba-Nya melebihi kasih ibu terhadap anaknya..Walaubagaimanapun,Akal manusia terbatas sedangkan ilmu ALLAH sangat luas,Justeru itu apabila Allah menetapkan sesuatu peraturan dan kejadian,pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya..Adakalanya hikmah itu mampu dijangkau oleh fikiran dan adakalanya tidak pernah dijangkau oleh fikiran pun..
Hal ini sangat dinyakini oleh orang yang beriman.Apabila Nabi s.a.w menyampaikan perintah Allah,Para sahabat terus berkata " kami dengar dan kami taat " Walaupun adakalanya perintah itu sangat sukar dan pahit Dan apabila berlaku musibah ,Para sahabat akan berkata " Telah berlakulah janji Allah " ..Mereka bukan insan tanpa mempunyai perasaan dan akal fikiran tetapi apabila iman mendominasi hati,fikiran dan perasaan dipaksa tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan ilahi..
Apabila datang satu perintah,orang-orang beriman akan memberi respon seperti yang digambarkan dalam firman-Nya yang bermaksud " Biasanya ucapan orang yang beriman apabila diseru kepada Allah dan Rasul-Nya supaya melaksanakan hukum antara mereka .Mereka akan berkata "kami dengar dan kami taat " dan mereka itulah orang yang berjaya...
Manakala apabila ditimpa musibah ke atas mereka,Mereka akan berkata "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya jualah kami akan kembali"
Mereka amat yakin setiap perintah Allah itu semuanya bermaksud baik belaka.Dan mereka jua sangat yakin bahawa setiap musibah pasti tersembunyi sesuatu di sebaliknya...
Namun begitu,mengapakah masih ramai manusia yang tidak patuh kepada perintah Allah dan tidak sabar dengan musibah ? malah adakalanya apabila ditimpa musibah,mereka akan menyalahkan Allah..Puncanya ialah kerana kurangnya ilmu dan lemahnya iman ,Kerana dengan ilmu,kita akan sedar setiap musibah ada hikmahnya dan dengan iman,kita boleh mententeramkan hati dan mengingati Allah..
Allah s.w.t .telah pun menegaskan dengan Hadis Qudsi : Wahai anak adam ,jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama,maka Aku tidak meredhai pahalamu selain Syurga "
Sebenarnya,..tidak salah bersedih dengan musibah yang menimpa,tidak salah berasa menderita ketika mentaati perintah Allah...Namun jangan membantah dengan sombong dan jangan bersedih secara keterlaluan..Kerana alangkah malangnya seorang hamba menolak hikmah musibah yang dikurniakan oleh Tuhannya !
Nescaya dia akan menderita sebanyak dua kali, Pertama....menderita oleh kerana musibah itu..Kedua..... menderita oleh kerana terluput dan tercabutnya hikmah di sebalik musibah itu !!!
Carilah hikmah yang tersembunyi di sebalik musibah....Kerana sesungguhnya ada Jannah (Syurga) di sebalik musibah ...(*_^)..
~ Wassalam ~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan