Jumaat, 7 September 2012

# Kekasih Yang Terindah #



Kekasih...
Lewat senja rindu mula bertemu
Menambah sarat penyesalan atas dosa-dosa silam
Lalu aku bertasbih di maghrib ini
Melangkah isyak yang menanti

Tengah malam aku yang sepi
Aku terlena dalam doa yang panjang
Mengharap Engkau Maha mendengar
Mengharap Engkau mengerti
Kerana Engkau satu-satunya Maha memahami

Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
Mengenal manusia dan keperibadian
Melalui cerita dan masa lalu
Ditambah fitnah yang amat mengejutkan

Kerana Engkau bisa memahami segala
Malah Engkau mengetahui semua
Aku berserah tanpa sangsi
Aku bersandar pada-Mu yang amat ku percayai
Kerana tiada apa yang dapat aku percayai kecuali Engkau

Tuhanku..
Rebahkan aku dalam pelukan islam-Mu
Dakaplah aku seerat mana kesulitan
Walau penuh penderitaan

Pintaku...
Tetapkan aku dalam islam
Hingga nafas terakhirku
Dalam merentik peluh di dahi
Menyambut panggilan mahal-Mu ( Kematian)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan